Friday, May 4, 2012

Terlerai Sudah Segalanya....

Tatkala orang sedang sibuk menjalankan upacara perkahwinan, majlis dan segala persiapan.... Dikala masing-masing sedang menyelami rasa cinta bersama pasangan... Disaat pasangan yang telah berkahwin menyemai cinta membina ikatan mengukuhkan sayang...
Aku terduduk dan terdiam.. Suami yang kuharapkan menjadi pelindung dan tempat berkasih sayang... Rupanya adalah racun berbisa di sebalik kelembutan yang selama ini terpamer di wajah semasa bercinta..
Pertolongan, kebaikan, pengorbanan dan segala yang dilakukan selama ini lenyap tanpa ada budi bicara dan sayang berbaki di hati...
Aku cuba untuk memperbaiki, tetapi egonya lebih tinggi melangit.. Malah ibu bapa pula ditentang tanpa sebarang kata dua di benak...
Apakah ini disebabkan oleh orang ketiga????? Aku terima andai bukan jodohku dengannya kerana  hati ini benar-benar terkilan, hancur, lebur, terluka dan hanya ALLAH yang tahu apa yang aku rasa... Apalah dayaku... Telah kucuba menasihati ayah, kaunseling, malangnya aku pula yang mendapat hukumannya... Akukah punca segala???? Andai benar, biarlah dia pergi dengan wanita yang dicintai... Lagipun aku benar-benar kecewa dengannya dan biar sahaja aku yang tahu.. Apa yang berlaku disebalik semua ini.. Keluarga dan ALLAH jualah pendorong semangat tatkala aku benar-benar hampir tersungkur hanya disebabkan dugaan datang tanpa aku fikir ia benar-benar terjadi... Oh tuhan, kuatkanlah hati ini... Hanya kepadamu aku berserah kerana sesungguhnya kau sahaja yang tahu apa yang tersirat dan tersurat untuk ku...

Monday, July 11, 2011

Emo 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur

Bersih menyalahkan Polis kerana menjaga keamanan UMNO dan melakukan tindakan ganas kepada semua rakyat yang berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011... Kepada POLIS-POLIS Malaysia sekalian, anda dikehendaki tidak menjalankan tugas yang diamanahkan kerana anda tidak mendapat tempat di hati rakyat.. Biar dyorg tau, langit tinggi ke rendah... Main politik sampai nak babitkan polis.... Otak tarak ka...!!!!!

Tuesday, July 5, 2011

Saat Kau Menjadi Milik Ku...

Tanggal 11 Jun 2011 jam 9.00 malam, aku dan dia sah diijabkabulkan dengan dua kali lafaz.. Saat aku menjadi miliknya.. Tidak setitik airmataku gugur, dek kerana hati ini teguh mengatakan dia tercipta utkku... Malangnya airmata ini berganti mata.. ia tergugur melalui dirinya yang selama ini teguh mempertahankan egonya..  Cinta kami bersulamkan saksi, ibu, bapa keluarga dan airmata.. Alangkah indahnya saat kami sah menjadi milik bersama... Ya ALLAH, ku pohon padamu, semoga cinta dan hubungan kami kekal dunia akhirat dan kupohon agar dijauhkan dari iri  hati manusia, dan adu domba manusia yang tidak pernah hilang dari cemburu dan syak wasangka.. Semoga hubungan ini menjadi bertambah erat dan kekal selamanya.. Satukan hati-hati kami dengan cinta dan hilai tawa.. Bukan dikelilingi iri dan sakit hati.. Hapuskan airmata duka antara kami dan siramilah kami dengan taqwa dan iman di hati.. Amin ya rabbal alamin....















Doa kalian moga memberi seribu rahmat dan limpah ALLAH kepada kami dan kita semua... AMIN YA RABBAL ALAMIN...

Friday, May 20, 2011

Sebahagian Dari Gubahan Hantaran dibuat Oleh.... My Lovely Mummy!!!!!


Inilah hasil gubahan ibu tersayang.. kih kih kih... Pandai omak den olah gubahan... Sebab tu bile msk pertandingan selalu jd juara... hahahaha... Wah gitu.. Sesape yang rse nk wt gubahan tp tk pandai.. leh le wt ngn mak sye... Hrga leh runding.. depends pd material yang digunakan... Tunggu entry sye yg akn dtg.. FOrmal lak aku nih.. Muwwwwwaaaaahhhhhhh!!!!!


Sunday, May 15, 2011

jUst WaNna LeT Me N YoU KnOw!!!!

Cara Syaitan Membuka Aurat Wanita
Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.
Berikut adalah cara bertahap:

I. Menghilangkan Definisi Hijab
Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. .

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan
Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak ! apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanja! ng).

Keempat, Agak di Buka Sedikit
Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hi! jab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen ! pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwan! ya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi? apakah itu tidak menja! di fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini
Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mu! stahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

Penutup
Demikian halus,! cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.

Wallahu a'lam bisshawab.

Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

150520112330BKTB'UNTG




Berterus terang... Jujur dan benar-benar tiada selindung dalam berkata-kata cukup melukakan dan menyakitkan untuk diterima dengan otak dan fikiran yang waras.. Walaupun hakikatnye segala ucapan terlontar adalah hakikat yang pasti malah bukan rekaan semata-mata untuk menyedapkan kata.. Tiada apa lagi yang dapat dipertahankan, tiada apa lagi kata-kata bangkangan, melainkan kekuatan yang dikumpul supaya kata-kata itu menjadi semangat dan pendokong tetap sentiasa mempertahankan... Suatu hari andai terbukti ia gagal.. Aku berserah kerana sesungguhnya yang datang hanya dari NYA dan yang buruk dari manusia jua... Semoga ia menjadi pendorong dan bukan penghapus kegembiraan akan datang... Andai gagal juga walau telah berusaha... Hanya doa dan redha mampu dipanjatkan.. Aku hanya aku... Dan takkan menjadi orang lain untuk membahagiakan insan lain.. Sedang aku tetap dihiris dan sentiasa berasa kecewa....  Yang pasti aku pasrah... Esok, harinya pasti ada, bahagia menanti untuk selamanya... ALLAH telah berjanji ia tetap milik kita.. Suatu hari.. Akan ku tunggu saat itu dengan izinNYA...

Monday, May 9, 2011



Lelaki yang single dan bertunang ni lain. Ada beza dia sebab yang bertunang ni dah ada tanggungjawab pada seorang perempuan yang dia sayang. Yang single, single lah kan..

Ada orang cakap, bertunang lama-lama ni tak elok. Banyak ujian dia, tapi masa bertunang nilah kita dapat menilai diri kita kembali, mampu ke tak nak jaga seorang perempuan tu sampai salah seorang mati, boleh ke tak kita setia kat dia sorang je (poligami bukan pilihan), bagus ke tak perangai kita ni kalau belakang dia. Semua tu memang kena nilai balik dalam tempoh bertunang tu dan kalau boleh perangai buruk macam setan dan miang gatal tu semua dapatlah dibuang jauh-jauh.

Ya, ada lelaki ni gatal dia semacam walaupun dah bertunang. Dari luar kita nampak dia bagus, muka baik, peramah tapi bila dia dengan perempuan lain, dalam diam dia ‘cucuk-cucuk’ perempuan tu sampai naik lemas minah tu. Ada pula sampaikan girlfriend kawan sendiri pun nak kacau. Aku nasihatkan perempuan-perempuan kat luar tu, kalau terjumpa lelaki macam ni, lebih-lebih lagi yang bertunang tak payah la buat kawan dengan dia. Orang macam ni banyak sebenarnya kat luar tu, kadang-kadang ada di kalangan kita antara sedar dengan tak je. Reaksi yang sesuai untuk mereka adalah macam ni. Agak kasar tapi itulah yang sepatutnya mereka terima sebab kalau dibiarkan boleh melarat dan mungkin suatu hari nanti dia akan melukakan hati tunang dia pulak (walaupun apa yang dibuat sekarang ni dah cukup teruk).

Kalau dah bertunang pun gatal, tak hairan pun suatu hari nanti dia curang perempuan lain

Aku kesian pada si perempuan yang tunangnya berperangai buruk ni. Orang perempuan ni setia. Ya.. kadang-kadang lelaki susah nak terima hakikat yang perempuan ni setia sebab dah lumrah lelaki tu sendiri kadang-kadang pandang perempuan lain walaupun dah berpunya. Perlu banyak pengalaman dalam percintaan untuk belajar benda ni. Jadi bila kesetiaan yang tak berbelah bahagi ni di balas dengan perangai gatal dan miang lelaki tu, aku memang rasa kesian sangat kat perempuan tu. Apa salah dia sampai tunang dia sendiri sanggup buat perangai macam tu ya?

Dalam hidup ni memang dugaan dia banyak. Temptation is everywhere tapi yang membezakan kita ni bagus ke tak dengan kebanyakan manusia keji yang lain adalah bagaimana kita mengawal diri kita. Tak perlu orang sekeliling nilai kita macam mana, sendiri buat sendiri tahu. Bila dah ada perancangan nak mendirikan rumah tangga, elok sangatlah kita duduk diam, pandang cermin, hadap muka kita dan tanya balik adakah kita ni dah cukup bersedia untuk semua tanggungjawab tu? Sesuai ke tak perangai dan perbuatan kita dengan status dan tanggungjawab yang akan kita pikul tak lama lagi?

Aku tulis ni sebagai peringatan kepada diri aku dan pembaca. Kalau dah bertunang tu, eloklah tukar terus cara fikir dan mindset tu macam orang dah kahwin. Benda ni bukan mainan budak-budak. Kalau dah bertunang pun perangai tak betul, memang nampak sangat tak wajar untuk meneruskan dengan perkahwinan tu nanti. Elok lupakan aje daripada kita rosakkan hidup orang lain. Kalau rase takleh nak bertanggungjawab terhadap hubungan, takpayah la dok pikir nak kawin.. Hidup sendiri n orang lain juga yang susah... Upsss teremo plak.. Ahaks... Ok guys.. Chowwww